Bina Kerjaya Sebagai
Full Stack Web Developer
MERN STACK

Anda boleh mulakan dari kosong dan bakal menjadi seorang full stack developer 6 bulan dari sekarang.

— SALAM PENGENALAN

Nama saya Iszuddin Ismail. Saya adalah graduan Sains Komputer dari UTM Skudai tahun 2001.

Saya adalah “guru besar” di KelasProgramming.com. Dan sejak 2015, saya adalah penganjur JOMLAUNCH, acara yang menghimpunkan golongan programmer dan developer di tanahair ni. Selain dari itu, saya juga telah berkhidmat dalam bidang pembangunan web untuk syarikat korporat dan startup. Terakhir sekali, saya adalah CTO di startup bernama Kiddocare.

Dari pengamatan saya, kemahiran yang diperlukan di industri amat berbeza berbanding apa yang saya pelajari di universiti.

Daripada industri pula, sentiasa ada rungutan tentang kemahiran graduan IT dan Sains Komputer yang tidak menepati keperluan pekerjaan. Walaupun pahit, saya terpaksa bersetuju.

Sebab itu saya bersama beberapa rakan industri yang berpengalaman akan memulakan online coding bootcamp ini.

Matlamat kami adalah untuk melahirkan full stack web developer yang berkemahiran untuk menyumbang dalam syarikat yang mereka sertai.

Taklimat tentang online coding bootcamp yang bakal dianjurkan bermula Ogos 2024

— MENGENAI BOOTCAMP

Bootcamp biasanya merujuk kepada kursus intensif yang padat. Ia akan menguji keupayaan mental dan fizikal pelatih, seperti kursus kelayakan komando dan tentera elit.

Online Coding Bootcamp kami bukanlah seperti latihan komando, namun untuk menghasilkan full stack web developer yang berkemahiran dalam tempoh 6 bulan, ia padat dengan sesi pembelajaran dan latihan.

Maka pelatih yang menyertai program ini mesti mempunyai motivasi dan komitmen yang tinggi.

Tapi jika anda betul-betul mahu menjadi seorang full stack web developer – kami boleh bantu.

Kami faham tentang tuntutan gaya hidup zaman sekarang. Sebab itu kami cuba seimbangi dengan keperluan kehidupan dan program ini.

Sebab itu kami laksanakannya secara online dan part-time.

Atas Talian (Online) – membolehkan peserta mengikuti kursus ini dari mana-mana sahaja, Kuala Pilah, Perlis, Kuching, Sandakan, mahupun Sydney. Anda tidak perlu untuk datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus ini.

Separuh masa (Part-time) – membolehkan pelatih menyertai program tanpa perlu berhenti kerja sekarang.

Walaupun demikian, usaha yang gigih masih diperlukan daripada pelatih. Kita ada jadual dan tugasan mingguan yang perlu disempurnakan pelatih, agar perjalanan program mengikut jadual yang telah dirancang.

Pelatih mesti bersedia untuk meluangkan 1 ke 2 jam setiap hari untuk program ini.

Selain itu, kita akan terapkan juga komponen berikut sepanjang program :

40+ Kelas Online (Rakaman)

Setiap minggu, kita akan adakan 2 ke 5 modul secara online. Ia akan dilaksanakan di platfom kelasprogramming.com. Pelatih wajib habiskan semua kelas.

Tugasan (Assignment)

Setiap minggu ada tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar. Setiap assignment akan dinilai. Sekiranya perlu, kami boleh bantu beri feedback mengenai code pelatih dan beri cadangan untuk tambah baik.

Support Group

Pelatih boleh tanya apa-apa soalan berkaitan dengan bootcamp dari segi teknikal atau kerjaya sebagai Fullstack Developer. Tidak kira peringkat permula(Beginners) ataupun yang sudah berpengalaman.

Projek Akhir

Anda akan diberikan tugasan seperti mana seorang full stack web developer di sebuah syarikat, dan perlu membangunkan aplikasi yang telah dirangka mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Medium Bahasa Melayu

Program online coding bootcamp ini akan disampaikan menggunakan bahasa Melayu yang mudah difahami.

— BELAJAR SECARA BERKUMPULAN

Belajar bersama study group terbukti dapat membantu proses pembelajaran.

Bagi seorang guru, walaupun dia bijak, pandai dan berkemahiran, kadang-kala dia lupa dan hilang empati sebagai seorang pelatih. Dia lupa apakah cabaran seorang pelatih hadapi untuk memahami sesuatu pelajaran baru.

Namun mungkin tidak sesama pelatih sendiri. Sebagai contoh, Ali mungkin baru memahami topik HTML. Dia masih ingat :

  • Kenapa dia tidak dapat memahaminya sebelum ini
  • Apakah poin utama yang telah membantu pemahamannya

Dan pengalaman dan pengetahuan Ali tentang ini dapat membantu pelatih lain. Sebab itu kami terapkan Study Group dan mewajibkan pertemuan mingguan.

Selain daripada itu :

  • Kumpulan kecil ini dapat membantu memberi semangat sesama sendiri, memastikan setiap daripada mereka menyiapkan tugasan
  • Study Group akan membina satu ruang yang selesa sesama pelatih yang dianggap sebagai “rakan seperjuangan” – berbanding untuk terus bertanya dengan Jurulatih.
  • Ada dari kalangan pelatih mempunyai pengalaman kerja dan jaringan dalam industri. Study group akan membantu memulakan rangkaian profesional sesama pelatih untuk peluang pekerjaan ataupun bisnes kelak.

— MERN Stack - APA DAN KENAPA ?

Ya, MERN stack ataupun merujuk kepada MongoDB / MySQL / PostgresSQL , ExpressJS , React , NodeJS

MongoDB dan MySQL adalah perisian pengkalan data, atau database.

ExpressJS adalah framework berasaskan JavaScript untuk pembangunan sistem di server atau backend.

React adalah framework berasaskan JavaScript untuk pembangunan antaramuka dan interaksi dalam pelayar seperti Google Chrome.

Dan NodeJS adalah perisian pelayan web ataupun webserver yang menggunakan JavaScript sebagai bahasa pengaturcaraan.

Ini adalah teknologi pilihan terkemuka dalam industri pembangunan web. Dan ia banyak memfokuskan kepada bahasa pengaturcaraan JavaScript. JavaScript akan digunakan untuk frontend dan backend.

Jangan risau sekiranya anda tidak memahami apa itu frontend dan backend buat masa sekarang.

Mungkin anda pernah mendengar tentang bahasa pengaturcaraan PHP. PHP juga banyak digunapakai di Malaysia, dan juga dalam agensi kerajaan. Apabila dengan PHP, kita biasa menggunakan akronim LAMP (Linux-Apache-MySQL-PHP). Jadi MERN adalah seperti pilihan lain ataupun alternatif kepada teknologi LAMP.

Kami memilih untuk mengajar MERN kerana melihat kepada penerimaannya di peringkat global. Selain dari itu, teknologi baru dalam dunia Internet seperti cloud hosting, kubernetes, serverless, edge, sering menggunakan bahasa pengaturcaraan JavaScript. Kemahiran JavaScript akan memberi kelebihan kepada pengguna dalam pasaran tempatan dan global, dan juga pengetahuan untuk menggunapakai teknologi baru seperti Serverless dan lain-lain.

Berikut pula adalah antara syarikat dan laman web terkemuka di dunia yang menggunakan NodeJS dan JavaScript sebagai teknologi utama :

Merujuk kepada Kajian Selidik oleh StackOverflow.com dari kalangan programmer seluruh dunia, Javascript adalah bahasa pengaturcaraan yang paling popular dan menjadi keperluan dalam industri.

https://insights.stackoverflow.com/survey/2021#most-popular-technologies-language

Fakta M.E.R.N Developer

Purata pendapatan M.E.R.N Stack Developer bermula
dari RM3,000 sebulan dan boleh cecah sehingga RM12,000 sebulan.

Sumber:Indeed.com

— SILIBUS :

Ini adalah perancangan program 6 bulan bersama kami : 

Bulan 1 : Asas HTML, CSS dan Git

Bulan pertama, kita akan pelajari tentang HTML & CSS yang menjadi batu asas kepada pembangunan web dan kita bangunkan terus web yang asas.

Kita juga akan rangkumkan topik web responsif, elemen DOM, fon, teks, rekaletak (layout), asas UI/UX dan lain-lain.

Kita akan mula meletakkan laman web kita ke Internet menggunakan perkhidmatan static hosting seperti Cloudflare Pages menggunakan Git.

Git adalah kemahiran penting bagi seorang programmer. Tidak lengkap pengetahuan seorang programmer tanpa pengetahuan ini. Malah ia juga dituntut oleh majikan.

Dihujung bulan pertama, pelatih diajar cara guna CSS library seperti Bootstrap untuk percepatkan pembangunan Web.

Bulan 2 : JavaScript

Pelajaran pengaturcaraan bermula di sini. Kita akan pelajari tentang asas pengaturcaraan seperti relung (loop), pembolehubah (variable), operator, operasi, fungsi (function), struktur data dan lain-lain.

Selepas itu kita akan mula menggunakan JavaScript untuk berinteraksi dengan HTML dan CSS, bagi membina laman web yang lebih interaktif.

Dihujung kelas asas JS, kita akan belajar buat App Photo Gallery yang asas dengan guna GET, POST API dan JWT Authentication.

Bulan 3 : NodeJS dan Database

Di sini kita akan mula mempelajari tentang server untuk web. Dengan NodeJS kita boleh membina aplikasi backend kita sendiri, seperti membina REST API. Kita juga akan pelajari tentang konsep-konsep seperti Authentication (proses login-logout), Session, Cookie, HTTP Header dan lain-lain. Kita akan mula meletakkan web server kita ke Internet menggunakan Port Forwarding dengan Nginx.

Pada bulan ini juga, Pelatih diajar mengenai MVC (Model-View-Controller) dan topik-topik advanced seperti real-time app, integrasi, menghantar email, memproses upload, Express JS dan lain-lain.

Di hujung kelas, pelatih akan belajar cara buat clone url shortener.

Bulan 4 : NodeJS Lanjutan

Di sini kita akan mula mempelajari MVC (Model-View-Controller) dengan ExpressJS framework.

Kita juga belajar topik-topik advanced seperti working with form, integrasi, menghantar email, memproses upload, dan lain-lain.

Dalam hujung kelas NodeJS dan ExpressJS. Pelatih diajar untuk buat projek berdasarkan senario projek sebenar.

Bulan 5 : React

Di bulan ini, pelatih di ajar mengenai React dan macam mana pelatih boleh guna React dalam projek yang sudah dibangunkan pada bulan 4. Antara topik yang pelatih belajar dalam kelas React adalah:

  • Components,
  • Props
  • State, Event and Router
  • Managing Hooks.

Hujung kelas, Pelatih diajar macam mana nak develop projek guna React sebagai Frontend dan API sebagai data di Web.

Bulan 6 : Deployment dan Projek

Bulan ke-6 ini, pelatih sepatutnya sudah ada 1 projek yang ada Frontend, Backend dan Database. Maka di bulan ini, pelatih diajar cara-cara nak “deploy” projek ke server seperti digital Ocean, Vercel dan Render.

Pada bulan ini juga, pelatih diberi masa untuk menyiapkan projek peribadi untuk dihantar ke kelasprogramming.com 

Ujian Penilaian

Sebagai penilaian kemahiran yang telah dipelajari, pelatih perlu menduduki ujian daripada kami. Gabungan hasil ujian dan juga Projek akan menentukan pengeluaran sijil.

Bantuan Kerjaya

Sekiranya perlu, kita akan beri bantuan kerjaya dan penempatan dari kalangan rakan strategik Akademi JOMWEB.

Sijil & Pengakhiran Program

Di akhir program pelatih yang lulus akan menerima Sijil daripada Akademi JOMWEB. Dan sekiranya perlu, kita akan beri bantuan kerjaya dan penempatan dari kalangan rakan strategik Akademi JOMWEB.

Lanjutan Pentauliahan NodeJS Developer Linux Foundation

Pelatih yang berkebolehan digalakkan meneruskan pembelajaran untuk menduduki pentauliahan sijil profesional antarabangsa, iaitu NodeJS Developer daripada OpenJS dan The Linux Foundation.

— Teknologi

— Kenapa Belajar Full Stack Web Development?

Kemahiran full stack web development melibatkan kemahiran membangunkan antaramuka (UI/UX), pembangunan API untuk backend dan juga kebolehan memasang aplikasi yang dibangunkan di Internet.

Dengan rangkuman kesemua kemahiran ini, anda akan menjadi seorang web developer yang paling versatail dan berkebolehan. Anda berkebolehan untuk membangunkan aplikasi yang lengkap yang boleh digunapakai oleh umum, dan bukan sekadar sebahagian daripada aplikasi.

Ada yang belajar full stack web development, namun mengkhusus kepada kemahiran frontend (HTML, CSS, JS) sahaja. Ada juga yang hanya mengkhusus kepada backend sahaja. Namun, dengan pengetahuan full stack web development, anda tahu selok-belok di frontend, backend dan juga sedikit kemahiran pengurusan server.

Di samping itu, peluang kerjaya juga amat luas.

Peluang Kerjaya Dalam dan Luar Negara.

Kemahiran Full Stack Web Development memang sangat meluas, baik di dalam dan di luar negera. Terpulang untuk mencari yang mana satu. Kebanyakan peluang web development daripada startup dan juga antarabangsa banyak mencari calon dengan kemahiran Javascript dan MERN stack. Peluang pekerjaan dalam bidang ini bermula dari RM3000 sebulan, mungkin lebih.

Peluang Kerja-kerja Freelance

Dengan kemahiran ini anda boleh memulakan bisnes khidmat pembangunan aplikasi secara freelance. Daftarkan perniagaan di SSM dan mula tawarkan khidmat anda. Banyak syarikat kecil dan sederhana yang perlukan perisian dibangunkan untuk kelancaran perniagaan, namun tidak mampu untuk menggaji programmer secara sepenuh masa. Maka ini peluang untuk freelancer. Anda juga boleh menawarkan khidmat di laman web seperti Upwork, Fiverr, Freelancer dan lain-lain.

Kebolehan Membina Startup Sendiri

Banyak produk di Internet dibangunkan oleh seorang developer yang memilih gaya hidup “indie” – membangunkan startup tanpa pelaburan venture capital. Sebagai contoh Takuya Matsuyama dengan Inkdrop.app atau Ryzal Yusoff dengan ReaderMode.io. Anda boleh bangunkan sesuatu perisian dan mula menjualnya di Internet.

Dan sekiranya anda mahu mengumpul dana, mendapatkan pelaburan venture capital, ia lebih meyakinkan apabila ada produk yang telah anda bangunkan.

— Testimoni Peserta Lalu

“Kelas Programming yang sangat mudah difahami dengan menggunakan Bahasa Melayu . Pembelajaran menggunakan online & rakaman video lagi menarik minat untuk belajar dan tidak tertinggal setiap langkah . Setiap assingment yang diberikan menambah lagi semangat untuk mendalami bahasa programming . Saya sangat recommended bagi sesiapa yang berminat dalam bahasa programming boleh join Kelas Programming . Mana-mana tidak faham anda boleh tanya.”

Amirah NabilahMahasiswi, Universiti Malaysia Pahang

“Saya sangat berpuas hati dengan panduan belajar online yang diterangkan untuk HTML, CSS, Javascript, dan Codeigniter dalam Bahasa Melayu. Dino banyak bagi contoh dan latihan yang membantu saya memahami konsep dan aplikasi programming dalam tutorial beliau. Panduan ini mudah difahami dan disusun dengan baik, membantu saya belajar dengan lebih cepat dan efektif.

Saya sangat recommend kelasprogramming.com ini kepada mereka yang ingin mempelajari pemrograman web dalam Bahasa Melayu.

Terima kasih Dino & semoga terus sukses!”

Ferdy FauziProgrammer, Elyzian

“Dengan berbekalkan pengetahuan sedikit berkenaan HTML dan CSS, saya beranikan diri untuk belajar PHP. Sumber sudah tentu banyak di Internet, namun saya mencari sesuatu yang mudah difahami, ada praktikal, dan paling penting dalam bahasa Malaysia. Semua ini ada di dalam KelasProgramming.com dan memudahkan saya yang bukan dari pengkhususan komputer.”

Fikri MastorSoftware Engineer, FAR Capital

“Kelasprogramming.com memudahkan pembelajaran dan menambah pengetahuan saya mengenai teknologi pengaturcaraan terkini. Pengajar dengan gaya yang santai, pastinya mudah diikuti dan lebih cepat difahami. Selain itu, di dalam modul juga diselitkan pengetahuan asas lain yang diperlukan untuk memulakan pengaturcaraan yang membuatkan ianya sangat lengkap dan berbaloi untuk dipelajari.”

ShafiqProgrammer, Synergy Alliance International Berhad

— YURAN PERBANDINGAN

G ACADEMY

Tempoh Kursus:
12 Minggu

Yuran Kursus:

RM 25,000

N ACADEMY

Tempoh Kursus:
12 Minggu

Yuran Kursus:

RM 12,000

A ACADEMY

Tempoh Kursus:
12 Minggu

Yuran Kursus:

RM 4,000

— YURAN KURSUS

Dengan mengambil bahagian dalam program ini, kami akan memberi tunjuk ajar dari permulaan hingga akhir projek untuk digunakan sebagai portfolio untuk memulakan kerjaya sebagai pembangun aplikasi web sepenuhnya. Kelas bermula pada minggu ke-3 bulan Ogos 2024
Apa yang pelatih dapat:
  • Akses ke kursus selama 12 bulan
  • Akses ke Group Support
  • Kursus berasaskan Projek sebenar.
  • Git Repository Project
  • Sijil Akademi JOMWEB
  • Bantuan kerjaya dari kalangan rakan strategik Akademi JOMWEB*
Harga promosi

BAYARAN PENUH

RM 1,000

Harga sebenar

RM5,500

Daftar Kursus

— Jurulatih dan Mentor

Iszuddin Ismail

Iszuddin Ismail merupakan Guru Besar dan jurulatih utama untuk program ini. Beliau telah menjadi jurulatih dan tenaga pengajar untuk beberapa agensi kerajaan seperti KDN, KPM, KWP, MAMPU, JPN dan lain-lain.

ZAHIN ZULKIPLI

Zahin telah mendapatkan pendidikan untuk menjadi doktor, namun menukar kerjaya ke bidang programming dan teknologi audio-visual.

Syafiq Faiz

Syafiq adalah hasil daripada program coding bootcamp juga, dan kini berkhidmat sebagai full stack developer.

Atif Aiman

Atif adalah frontend developer untuk syarikat startup dari luar negara. Beliau juga aktif berkongsi pengetahuan dengan menulis tutorial di Dev.to.

— SOALAN LAZIM

Saya takde pengetahuan langsung pasal pembangunan web. Tapi saya berminat. Boleh saya daftar?

Boleh. Kami mengutamakan komitmen dan semangat. Selain daripada itu, peserta mesti sudah mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan Internet, sebagai contoh, menghantar email, menyertai Zoom call, menggunakan keyboard dengan baik. Namun, anda perlu sedar bahawa usaha yang lebih gigih mungkin diperlukan dan ini terletak kepada pelatih itu sendiri.

Saya berumur 16 tahun. Boleh saya daftar?

Kami menerima pelatih seawal 16 tahun pada tahun semasa.

Adakah akan ada rakam daripada kelas live?
Ya. Rakaman daripada Kelas Live akan dimuatnaik secepat mungkin pada hari yang sama. Namun, kita perlukan mereka yang tidak dapat mengikuti kelas live menonton rakaman pada hari yang sama, atau selewat-lewatnya keesokan hari untuk terus mengikuti program dan tidak keciciran.

Saya berumur 50 tahun. Bolehkah saya sertai?
Boleh, tetapi anda mestilah seseorang yang biasa dengan kemahiran menggunakan komputer dan Internet, sebagai contoh, menghantar email, menyertai Zoom call, menggunakan keyboard dengan baik.

Apakah laptop dan perkakasan yang diperlukan?
Dicadangkan peserta menggunakan laptop dengan spesifikasi Windows 8 atau lebih, macOS High Sierra 10.13 atau lebih, atau Linux 64-bit. Processor Intel Pentium 4 atau lebih, dan Memory minimum 4GB.

Disarankan peserta bersiapa dengan monitor kedua. Monitor di laptop akan digunakan untuk membuat latihan, sambil monitor kedua untuk mengikuti kelas live.

Jangan Daftar sekiranya…

  • Anda tidak berhasrat untuk menamatkan program ini bersama kami selama 6 bulan.
  • Anda tidak berupaya untuk memberikan komitmen 1 ke 2 jam sehari untuk 5 hari seminggu dalam tempoh 6 bulan akan datang.
  • Menjadi full stack developer bukanlah matlamat anda